Terma dan Syarat

Penghantaran dan Servis Kourier

Maklumat lebih lanjut boleh didapati di pautan laman maklumat tentang penghantaran majalah.

  1. Sebarang servis penghantaran hanya akan dijalankan melalui perkhidmatan Pejabat Pos Malaysia melainkan dinyatakan sebaliknya oleh pihak pengurusan.
  2. Servis penghantaran hanya disediakan untuk alamat yang bertempat di negara MALAYSIA sahaja termasuk Semenanjung Malaysia dan Sabah & Sarawak.
  3. Sekiranya alamat yang diisikan adalah tidak tepat sewaktu proses pembayaran dilakukan, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas kecuaian tersebut.
  4. Purata masa menunggu bagi penghantaran adalah 2 – 5 hari bekerja dari tarikh pengeposan barangan.

Syarat Pemulangan dan Pembayaran Balik

Proses pemulangan dan penukaran barangan adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-
  1. Pihak kami hanya akan melayan pemulangan atau penukaran barang yang telah dibayar sekiranya terdapat unsur-unsur kerosakan pada barang yang diterima.
  2. Sebarang permintaan untuk pemulangan atau penukaran barang haruslah dimaklumkan sekurang-kurangnya dalam jangka masa 3 hari selepas penerimaan dan tertakluk kepada jumlah inventori.
  3. Sekiranya terdapat kerosakan pada barangan atau parcel yang diterima, pengguna hendaklah menyertakan bahan bukti yang jelas dan memaklumkan kepada pihak kami dalam jangka masa sekurang-kurangnya 3 hari selepas penerimaan.
Bagi pembayaran balik, pihak kami hanya akan membuat pembayaran balik jika:-
  1. Barang yang dipesan telah kehabisan stok atau tidak lagi dijual.
  2. Barang yang memenuhi syarat pemulangan dan penukaran telah kehabisan stok atau tidak lagi dijual.
  3. Lain-lain sebab yang sah dan mendapat persetujuan dari pihak kami.

Lain-lain Syarat

Pihak “RodaRoda” adalah komited dalam melindungi hak dan privasi para pengguna. Sekiranya pihak kami menerima sebarang maklumat berkenaan data peribadi pengguna di laman web kami, penggunaan maklumat tersebut adalah tertakluk kepada Dasar Privasi yang ditetapkan bersama Syarat dan Ketentuan Laman Web.

Pihak pengurusan “RodaRoda” berhak mengemaskini atau mengubah Terma dan Syarat kami tanpa notis terlebih dahulu.